Saturday, 28 December 2013

BUSINESS IDEA COMPETITION



BUSINESS IDEA

Dengan menyahut seruan kerajaan yang mengkehendaki bumiputera melibatkan diri dalam bidang keusahawan memberikan semangat kepada kami untuk menghasilkan sebuah produk IT yang mengikut keperluan semasa. Hanya menggunakan kepakaran tempatan, kami telah mencipta HSDD Sonar Power Bank yang berupaya untuk memenuhi kehendak dan memudahkan pengguna. Produk ini diberi nama “OUTBOX” semperna nama syarikat kami.

OUTBOX ini menyelesaikan banyak masalah yang dilalui oleh pengguna masa kini. Menggunakan Teknologi Bluetooth yang terbaru iaitu Bluetooth Versi 3.0 untuk memindahkan data dan tenaga sonar untuk mengecas power bank akan memberikan satu dimensi baru kepada pengguna ICT di dunia.

Produk ini akan mampu memberikan satu impak yang tinggi terhadap industri ICT di Malaysia mahupun di dunia.


PRODUCT AND SERVICE DESCRIPTION
Nama Produk

HSDD Sonar Power Bank(OUTBOX)

Ciri-Ciri

·         Ringan dan  mudah dibawa
·         LED biru dan penunjuk kuasa
·         Produk ini menggunakan Bluetooth Versi 3.0 yang berkelajuan 24MB/s.
·         Dimensi : 138 X 76 X 24mm
·         Berat : 198g


Kelebihan.

·         Dapat menghubungkan atau menghantar data dari "OUTBOX" ke " OUTBOX " .
·         Dapat menghubungkan antara Telefon Mudah Alih yang pintar dengan " OUTBOX " bagi tujuan pemindahan data.
·         Kecil dan mudah dibawa ke mana-mana
·         Boleh memindahkan data ke banyak peranti dalam satu masa.
·         Pengguna boleh meletakkan Private Password bagi mengoptimumkan keselamatan data semasa pemindahan data.

Produk Akan Datang

·         Menaik Tarafkan Bluetooth Versi 3.0 kepada Versi 4.0 yang mana akan memberi kelajuannya pemindahan data lebih cepat dan memiliki kawasan liputan yang lebih jauh.
·         OUTBOX ini akan di “build in” didalam Casing External Hardisk


MARKET AND COMPETITION.

PEMASARAN 
OUTBOX digunakan untuk menghantar data tanpa memerlukan wayar ataupun USB dan juga sebagai power bank untuk mengecas telefon mudah alih dan gadget. Fokus penjualan OUTBOX ini adalah untuk pelajar-pelajar IPTA/IPTS, pengajar-pengajar dan pekerja-pekerja yang ada di Malaysia. Ini adalah kerana 90% daripada mereka ini memerlukan external hardisk dan pendrive untuk memindahkan data atau tugasan. Selain itu, mereka ini juga mempunyai dan menggunakan smartphone dan juga laptop untuk melakukan sesuatu kerja dan melayari internet. Dengan adanya produk ini, mereka dapat memindahkan data hanya menggunakan wifi tanpa menggunakan USB yang menyusahkan atau kerap rosak dan juga dapat mengecas kembali smartphone ataupun laptop walaupun berada di tempat yang tidak mempunyai tenaga elektrik.


BUSINESS MODEL

OUTBOX adalah satu idea yang inovasi yang akan memberikan kemudahan kepada pengguna dalam memudahkan untuk menyimpan, menyalin serta memindahkan data maklumat tanpa menggunakan wayar ataupun USB port. OUTBOX hanya menggunakan teknologi Bluetooth 3.0 yang mempunyai kelajuan yang mampu memindahkan berkelajuan 24Mb/sec.

Terciptanya OUTBOX ini adalah kerana masalah yang dihadapi oleh sebahagian pelajar-pelajar, pekerja-pekerja, golongan-golongan profesional dalam menyimpan,menyalin dan memindahkan data .

Produk yang ada dipasaran sekarang ini masih menggunakan kaedah lama untuk menyimpan dan memindahkan data iaitu menggunakan pendrive yang perlu disambung kepada port USB di komputer untuk memindahkan data. Ini mengambil masa dan hanya satu pengguna dapat menggunakannya dalam sesuatu masa. Untuk mengatasi masalah ini terhasillah inovasi OUTBOX yang mengunakan teknologi Bluetooh 3.0 dan pengunaan Perisian  dalam menyelesaikan permindahan data.

Mengikut pasaran yang sedia ada kami merasakan produk OUTBOX ini mampu memasuki pasaran kerana tidak ada lagi produk yang dapat memindahkan data tanpa mengunakan penyambungan wayar ataupun USB. Pemindahan produk ini mengunakan teknologi bluetooth yang berkelajuan 2.4Mb/sec. Malahan kami juga akan sentiasa  menjalankan kajian lebih mendalam bagi menaik tarafkan kelajuan pemindahan data.


STRATEGI PEMASARAN

Strategi pemasaran merupakan teras strategi utama. Kami bertujuan menawarkan harga yang sangat munasabah kepada pengguna.


STRATEGI PASARAN

Pengiklanan

Memandangkan kami baru dalam pasaran, kami berhasrat untuk menjalankan iklan yang banyak tentang produk yang kami tawarkan ini. Kami akan mengiklankan dalam perniagaan dan majalah IT yang dibaca oleh pasaran sasaran kami dan memastikan kami cukup terdedah di pasaran. Selain majalah, kami juga akan mengiklankan produk kami melalui radio,suratkhabar dan internet. Kemungkinan juga kami akan mempromosi produk di dalam televisyen contohnya seperti di bual bicara.


Jualan Peribadi

Kita perlu memastikan bahawa sebaik sahaja kami mendapat seorang pelangan, kami tidak akan kehilangannya. Untuk membantu mencapai matlamat ini, kami perlu berusaha untuk mewujudkan dan mengekalkan hubungan dengan pelangan. Dengan mengadakan jualan peribadi ini, kami boleh memberitahu kelebihan-kelebihan dan memberikan maklumat yang tepat tentang produk yang kami jual.


Pemasaran internet

Kami juga akan menpromosi produk kami melalui internet. Pelangan-pelangan yang tidak berkesempatan untuk membeli produk kami, mereka boleh menempah di laman web yang akan kami bangunkan. Dengan ini, kami dapat menjimatkan masa dan memudahkan pelangan kami untuk memiliki produk ini. Selain itu, penjualan di internet ini dapat mengurangkan kos penjualan syarikat kami. 



STRATEGI PROMOSI

Strategi promosi kami ialah mengutamakan sasaran pasaran kami dengan memberitahu potensi kewujudan kami dan memberikan maklumat yang betul. Kami bercadang untuk menggunakan kempen promosi yang agresif untuk memperkenalkan produk kami di pasaran. Ia bertujuan untuk mengambil kesempatan beberapa sumber media untuk mengumumkan produk kami, secara tidak langsung ia dapat memberi kesedaran tentang kewujudan produk kami.



ANALISIS PESAING

OUTBOX merupakan produk yang terbaru dan memudahkan kepada pelangan untuk memindahkan data ke satu tempat dengan mudah mengunakan Dongel (HSDD). Bukan itu sahaja OUTBOX juga boleh memindahkan data ke banyak penerima dalam sesuatu masa. Ini akan menjimatkan masa pengguna kerana tidak perlu lagi menyambung dengan mengunakan port USB secara manual.  Dengan terciptanya OUTBOX ini diharap dapat memberikan impak kepada dunia dimana pengunaan teknologi ini akan membuka mata dunia dengan saingan yang hebat terhadap pesaing syarikat-syarikat yang mengeluarkan produk ini. Di pasaran tempatan tidak ada lagi teknologi pemindahan data yang secepat ini dan mudah digunakan.