Pengenalan :
Nasi Lemak Ujang Corner yang
terletak di Bandar Baru Selayang ini mendapat nama apabila pemilik dan
pengasasnya, Juairiah Mohd Sharif, 60, memulakan perniagaan di Taman Greenwood,
Gombak, Selangor pada tahun 1981. Perniagaan Nasi Lemak Ujang kini telah
menjangkau 32 tahun dan telah membuka cawangan di Bandar Baru Selayang yang
diuruskan oleh anak perempuannya, Noraishah Mohd Nor yang berumur 43 tahun sejak
15 tahun lalu.
Waktu Operasi:
Nasi Lemak Ujang dibuka setiap hari kecuali Ahad dari jam
6 petang hingga 2.30 pagi.
Menu Utama:
Nasi lemak kukus dan lauk pauk seperti ayam goreng, ayam masak
merah, rendang ayam, rendang daging, sambal kerang, sambal sotong, sambal
udang, ikan keli goreng sambal, paru goreng sambal, telur goreng dan bergedel.

Keistimewaan Produk :
Nasi Lemak Ujang adalah resepi turun-menurun dan nasi
lemaknya tidak melekat seperti nasi lemak lain dan dikukus terlebih dahulu.
Cara Penyedian
Nasi Lemak Ujang :
Cara memasak nasi lemak ujang ini sedikit rumit kerana beras direndam selama 30 minit, ditos, dikukus separuh masak, kemudian direndam lagi di dalam air panas, dikacau, ditos semula, disiram dengan air sejuk hingga beras sejuk. Kemudian, beras tadi dikukus semula dan selepas itu barulah santan yang dimasak berasingan dituangkan ke nasi sebelum digaul serta dibiarkan selama 15 minit supaya santan dan nasi sebati.