Assignment Syahmi

BRIEF PROFILE OF MALAYSIA’S 20 RICHEST PEOPLE


1. T. Ananda Krishnan

  • Dilahirkan pada tahun 1938 di Brickfields, Kuala Lumpur.
  • Merupakan Pengerusi & CEO Usaha Tegas Group Holdings Bhd.
  • Jumlah aset terkini : RM32.90 Bilion.


2. Tan Sri Teh Hong Piow

  • Dilahirkan di Singapura pada 14 Mac 1930.
  • Merupakan Pengerusi Public Bank Berhad.
  • Jumlah aset terkini: RM13.73 Bilion


3. Tan Sri Quek Leng Chan

  • Dilahirkan pada tahun 1941 di Singapura.
  • Merupakan Pengerusi Hong Leong Group.
  • Jumlah aset terkini: RM11.09 Bilion


4. Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary

  • Dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada tahun 1952.
  • Merupakan pengasas Al-Bukhary Foundation
  • Jumlah aset terkini: RM10.60 Bilion


5. Tan Sri Lee Shin Cheng

  • Dilahirkan pada tahun 1929 dan membesar Kuala Lumpur.
  • Merupakan Pengerusi Eksekutif IOI Group.
  • Jumlah aset terkini: RM10.56 Bilion


6. Tan Sri Lim Kok Thay

  • Dilahirkan pada tahun 1951, merupakan anak kedua mediang Tan Sri Lim Goh Tong.
  • Merupakan Pengerusi Genting Group.
  • Jumlah aset terkini: RM8.12 Bilion

7. Puan Sri Lee Kim Hua


  • Dilahirkan pada tahun 1918 di China , merupakan balu kepada mediang Tan Sri Lim Goh Tong.
  • Merupakan pemilik Genting Group.
  • Jumlah aset terkini: RM7.24 Bilion

8. Tan Sri Tiong Hiew King


  • Dilahirkan pada tahun 1935 di Sibu, Sarawak.
  • Merupakan Pengerusi Eksekutif Rimbunan Hijau Group.
  • Jumlah aset terkini: RM6.35 Bilion

9. Ong Beng Seng


  • Dilahirkan di Sabah pada tahun 1944.
  • Merupakan Pengasas Bersama & Pengarah Urusan Hotel Properties Ltd.
  • Jumlah aset terkini: RM4.02 Bilion

10. Tan Sri Azman Hashim


  • Dilahirkan pada Julai 1939 di Kampung Baru, Kuala Lumpur.
  • Merupakan Pengerusi Kumpulan Ambank.
  • Jumlah aset terkini: RM3.84 Bilion

11. Datuk Mokhzani Mahathir


  • Dilahirkan pada Januari 1961 dan merupakan anak kedua Tun Dr.Mahathir Mohamad dan Tun Dr.Hasmah.
  • Merupakan Naib Pengerusi Sapura Kencana Petroleum
  • Jumlah aset terkini: RM2.67 Bilion

12. Datuk Shahril Shamsuddin


  • Berumur 52 tahun.
  • Merupakan ahli pengarah Sapura Group.
  • Jumlah aset terkini: RM1.64 Bilion

13. Dato Kamarudin Meranun


  • Dilahirkan di Kampung Baru, Kuala Lumpur.
  • Merupakan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Air Asia.
  • Jumlah aset terkini: RM4.02 Bilion

14. Tony Fernandes


  • Dilahirkan pada 30 April1964.
  • Merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia berhad.
  • Pengasas Tune Air Sdn.Bhd.
  • Jumlah aset terkini: RM4.02 Bilion

15. Tan Sri Tiong Hiew King


  • Dilahirkan pada tahun 1935.
  • Merupakan Pengerusi Rimbunan Hijau.
  • Jumlah aset terkini: RM6.35 Bilion

16. Tan Sri Yeoh Tiong Lay


  • Dilahirkan pada tahun 1929 di Klang, Selangor.
  • Merupakan Pengerusi YTL Corporation.
  • Mempunyai 7 orang anak.
  • Jumlah aset terkini: RM3.467 Bilion

17. Vincent Tan


  • Dilahirkan pada tahun 1952 di Batu Pahat, Johor.
  • Merupakan Ketua Pengarah Berjaya Group dan juga pemilik kelab Bolasepak Cardiff City.
  • Jumlah aset terkini: RM2.26 Bilion

18. Tan Sri Lau Cho Kun


  • Merupakan pengarah Hap Seng Consolidated dan pemegang saham terbesar Malaysian Mosaic Berhad.
  • Jumlah aset terkini: RM1.69 Bilion

19. Tan Sri Dato Surin Upatkoon


  • Berumur 64 tahun dan merupakan warga Thailand.
  • Pemegang saham terbesar dan pengarah urusan Multi-Purpose Holdings.
  • Jumlah aset terkini: RM1.36 Bilion

20. Desmond Lim Siew Choon


  • Berumur 53 tahun.
  • Membangunkan Pavillion Mall di Kuala Lumpur.
  • Jumlah aset terkini: RM1.9 Bilion




Bussiness Model





Pengenalan

MJ Fatonah Enterprise adalah sebuah syarikat penternakan bumiputera yang menjalankan
projek perternakan lembu fidlot secara komersial. Pengusaha MJ Fatonah Enterprise mendapat
didikan, nasihat dan tunjuk ajar dari Masyarakat Perdagangan Dan Perindustrian Bumiputera
(MPPB) di bawah Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani melalui program-program
latihannya. Pengusaha MJ Fatonah Enterprise juga mendapat perhatian HS Nada Sdn Bhd dalam
khidmat nasihat dan bantuan teknikal.

Operasi Syarikat:

1. Menternak lembu fidlot secara komersial.
2. Pemasaran tertumpu kepada jualan hidup untuk tujuan korban, aqiqah dan kenduri.
3. Penjualan tinja ternakan (tanpa campuran) kepada pembeli runcit.
Perancangan Masa Depan Syarikat:
1. Penternakan intergrasi juga akan dijalankan jika mendapat kerjasama dengan pemilik
ladang-ladang sawit berhampiran.
2. Menjual daging segar terus dari ladang ke pasar tani , pasar malam dan peruncit
3. Memproses tinja ternakan menjadi baja. Membungkus, melabel dan memasarkannya ke
tapak-tapak nurseri, pembeli runcit dan syarikat-syarikat lanskap.
4. Menyediakan masakan daging berbagai resepi untuk pembelian ternakan dari ladang.
4. Menyediakan rumah sembelihan sendiri yang diiktiraf oleh Jabatan Agama Islam Negeri.
5. Mendapat pengiktirafan halal oleh badan-badan kerajaan yang bertanggungjawab.
6. Menjalankan pemprosesan hasilan daging seperti burger, nugget, bebola daging dsb.
7. Melebarkan sayap pasaran ke pasaraya besar.
Trend Pasaran:
Bekalan daging tempatan masih ditahap yang amat rendah, iaitu 18% dari keperluan daging
seluruhnya. MJ Fatonah Enterprise merancang untuk menjadi penternak berjaya di Malaysia dan
menambah peratusan bekalan daging segar tempatan. Harapan MJ Fatonah Enterprise untuk
membantu saudara-saudara Islam mendapatkan daging yang halal, berkualiti dan bebas dari
sebarang penyakit. Memaksimakan pengeluaran ternakan dari jualan hidup, daging segar,
hasilan daging dan juga tinjanya.

Analisis SWOT:
  1. Kekuatan: 
    1. Permintaan yang tinggi ke atas daging segar tempatan
    2. Pelanggan kini meragui jaminan halal daging impot
    3. Mengusaha penternakan lembu secara fidlot
    4. Pengusaha MJ Fatonah Enterprise telah mengikuti Program Latihan / Kursus-kursus berkaitan anjuran Masyarakat Perdagangan Dan Peindustrian Bumiputera (MPPB) di bawah MoA Inc.
    5. Pengusaha MJ Fatonah Enterprise memiliki lesen/tauliah sembelihan dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
    6. Pengusaha sentiasa mendapatkan tunjuk ajar dari syarikat mentor kami, HS Nada Sdn Bhd.
  2. Kelemahan: 
    1. Kekurangan dana untuk meneruskan dan mengembangkan projek.
  3. Peluang: 
    1. Mendapat bimbingan berterusan dari MPPB dan HS Nada Sdn Bhd.
  4. Ancaman: 
    1. Persaingan dengan daging impot yang dijual terlalu murah

Profil Syarikat
Nama Syarikat: MJ Fatonah Enterprise
Alamat Pejabat No.17, Lot 3384, Jalan Tembusu, Kampung Melayu Subang, 40150, Shah Alam, Selangor.
Alamat Ladang Lot 1449, Kampung Teluk Penyamun, 45600, Batang Berjuntai, Selangor.
Bentuk Perniagaan Penternakan Lembu Secara Fidlot.
Tarikh Syarikat didaftarkan 18hb Ogos 2005
Tarikh Mula Operasi Februari 2006
No Pendaftaran Syarikat 001568682-P
Modal Permulaan RM370,000.00
Maklumat Bank Bank Maybank (Caw. Terminal 3, Subang)
Akaun No. 562085508614
Jenis Akaun Akaun Semasa
Pemegang Akaun MJ Fatonah Enterprise

Latarbelakang Pengusaha: Terdiri dari dua (2) orang pemegang saham, 60% + 40%.

1. Nama Mohamad Jamil bin Mahidin ( 60% )
No. K/P 680902-08-6063
No. Tel 017-3343800
Alamat No.17, Lot 3384, Jalan Tembusu, Kampung Melayu Subang, 40150, Shah Alam, Selangor.
Kelulusan

Sijil Kejuruteraan Mekanikal – Pengeluaran (POLIMAS, Alor Setar, Kedah), Diploma Kejuruteraan Mekanikal (ITM, Shah Alam)
Pengalaman

Berkhidmat dengan Matsushita Ind. Corp (MAICO) selama 14 tahun (dari juruteknik sehingga eksekutif).
2.  Nama Siti Fatonah binti Arbain ( 40% )
No. K/P 691222-10-5090
No. Tel 012-3343800
Alamat No.17, Lot 3384, Jalan Tembusu, Kampung Melayu Subang, 40150, Shah Alam, Selangor.
Kelulusan

Sijil Kejuruteraan Mekanikal – Am (POLIMAS, Alor Setar, Kedah, Diploma Kejuruteraan Mekanikal (UTM, Sekudai)
Pengalaman

Berkhidmat dengan SME Aerospace Sdn Bhd) selama 10 tahun (dari penyelia sehingga eksekutif).

Bidang Tugas Jabatan
  1. Jabatan Jualan
    Ditadbir oleh seorang pengurus dan dibantu oleh tiga (3) orang pekerja jualan. Pekerja jualan mahir dalam keratan / bahagian-bahagian daging dan mempunyai lesen memandu sekurang-kurangnya B2 dan D. Tugas-tugas Jabatan Jualan ialah:
    1. Memasarkan produk terus kepada pelanggan (jualan hidup, daging segar atau masakan)
    2. Memastikan kualiti dan kebersihan produk
    3. Membuat promosi dan pengiklanan produk
    4. Mengenalpasti terminal jualan yang berpontensi dan berdaya maju
    5. Perancangan pengembangan pasaran
    6. Mendapat maklum balas pelanggan ke atas mutu produk syarikat
    7. Memastikan penghantaran dibuat tepat pada waktunya

  2. Jabatan Pentadbiran
    Ditadbir oleh seorang pengurus dan dibantu oleh seorang kerani. Kerani ini mahir mengendalikan komputer, mempunyai sistem fail syarikat yang teratur dan juga bijak berinteraksi dengan pelanggan / pembekal. Tugas-tugas Jabatan Pentadbiran ialah:
    1. Menguruskan kewangan syarikat
    2. Memastikan pentadbiran syarikat dan kakitangan berjalan lancar
    3. Menguruskan kebajikan pekerja (latihan, perubatan, elaun dan lain-lain)
  3. Jabatan Operasi / Ladang
    Ditadbir oleh seorang pengurus dan dibantu oleh tiga (3) orang pekerja ladang. Pekerja mahir dengan sifat-sifat ternakan dan arif mengenalpasti / mengendalikan ternakan yang sakit. Juga memiliki sijil sembelihan yang diiktiraf oleh Jabatan Agama Islam Negeri. Tugas-tugas Jabatan Ladang ialah:
    1. Memastikan ternakan sentiasa berada di dalam keadaan yang baik.
    2. Mendapatkan bekalan ternakan yang bermutu
    3. Memastikan bekalan makanan ternakan sentiasa mencukupi
    4. Memastikan ternakan yang cukup untuk permintaan jualan
    5. Menguruskan penyembelihan ternakan
    6. Menguruskan pemprosesan baja dari najis ternakan
    7. Memastikan padang ragut sentiasa mampu membekalkan rumput yang secukupnya untuk ternakan setiap masa.
  4. Nota: Buat masa ini, pentadbiran syarikat dijalankan oleh pengusaha sendiri sebagai Pengurus Jualan / Pentadbiran / Operasi, seorang penyelia ladang dan 2 orang pekerja am.

  1. Perancangan Pengeluaran Produk
    Produk MJ Fatonah Enterprise terbahagi kepada 4 kategori:
    1. Jualan Hidup
      Jualan ini dibuat untuk tujuan aqiqah, qurban, kenduri atau tujuan-tujuan majlis. Pelanggan boleh memilih untuk ternakan hidup ataupun siap disembelih. Penghantaran percuma sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Caj sembelih yang minimum dikenakan.
    2. Jualan Karkas / Daging Segar
      Pasaran daging segar dijalankan di Pasar-pasar Tani, Pasar malam, kedai runcit dan pemborong yang membeli terus dari ladang. MJ Fatonah Enterprise merancang untuk menembusi pasaran pasaraya-pasaraya
    3. Jualan Masakan
      MJ Fatonah Enterprise menyediakan berbagai jenis masakan traditional Melayu untuk tujuan kenduri. Caj masakan ini bergantung kepada jenis masakan yang dipilih. Antara jenis masakan yang disediakan ialah masak rendang, masak kari, masak kicap, masak merah, B-B-Q dan lain-lain.
    4. Baja Organik (Dari Tinja Ternakan)
      Tinja ternakan diproses menjadi baja organik yang bermutu tinggi. Baja ini akan dibungkus dengan jenama MJ Fatonah Enterprise dan dipasarkan ke kedai-kedai bunga dan tapak-tapak semaian.
      Nota:
      Buat masa ini, pengeluaran syarikat ditumpukan kepada penjualan hidup. Dengan tambahan dana yang dipohon, kami harap dapat meningkatkan jualan hidup dan daging segar serta meneruskan perancangan untuk jualan masakan, jualan baja dan hasilan daging.
  2. Mesin Dan Peralatan
    Setiap jabatan mempunyai keperluan mesin dan peralatan sendiri:
    1. Jabatan Jualan
      1. Bilik Dingin Beku – Untuk menyimpan daging sebelum dihantar ke pasar atau kepada pelanggan.
      2. Pisau-pisau dan pengasah – pisau berkualiti tinggi berbagai saiz bergantung kepada keperluan.
      3. Peralatan pasar - Lampu, generator, kerusi, meja, payung dan mesin timbang untuk jualan di pasar.
    2. Jabatan Ladang
      1. Pam Air – untuk mengepam air dari sumber air untuk mencuci kandang, membersihkan ternakan dan minuman ternakan.
      2. Mesin Penghancur Makanan – Menghancurkan rumput / lalang untuk dicampurkan dengan pelet.
      3. Mesin rumput – Untuk memotong rumput dari padang ragut.
      4. Mesin Pengering Najis – Untuk mengeringkan najis ternakan sebelum dihancurkan dan dibungkus sebagai baja organik.
      5. Forklift – Mengangkut makanan ternakan dari stor simpanan ke takungan makanan.
      6. Kereta tolak – Sebagai alternatif kepada forklift
      7. Peralatan kandang – peralatan seperti cangkul, penyodok tanah, pencakar dan sebagainya.
      8. Peralatan rumah sembelih – Seperti pisau sembelih, pisau melapah, mesin pemotong karkas, apron dan kasut.
    3. Jabatan
      1. Komputer – 3 buah komputer untuk kegunaan pengurus dan kerani.
      2. Mesin Cetak – Printer, scanner dan mesin fotokopi.
      3. Telefon – 3 buah telefon untuk kegunaan pengurus dan kerani
      4. Mesin Fax – Sebuah mesin fax bagi kemudahan pesanan dan penerimaan.
      5. Perabot Pejabat
        • 3 set meja dan kerusi untuk pengurus dan kerani.
        • 3 meja komputer
        • 1 set meja mesyuarat
        • 1 set sofa di ruang menunggu
        Nota:
        Buat masa ini, jabatan ladang memiliki tiga (3) buah mesin memotong rumput, sebuah mesin menghancur makanan (chopping machine), pam air dan peralatan ladang. Jabatan pentadbiran memiliki sebuah laptop, sebuah printer, telefon bimbit dan sebuah mesin fax. Tambahan modal juga diperlukan bagi menambah bilangan komputer dan perabot pejabat.
.