Assignment Nadzri

BRIEF PROFILE OF MALAYSIA’S 20 RICHEST PEOPLE 2013







USAHAWAN BERJAYA - DATUK LOH BOON SIEW



Pengenalan

Pada sekitar tahun 1980an, boleh dikatakan 10 buah motorsikal yang berada di jalanraya, 7 buah daripadanya adalah dari model Honda Boon Siew. Sedar atau tidak nama Boon Siew pada motorsikal Honda ini bukanlah datang dari Negara Jepun tetapi ia adalah nama individu yang bertanggungjawab untuk membawa masuk motorsikal Honda terbabit ke Malaysia iaitu mendiang Tan Sri Dato’ Loh Boon Siew (Tan Sri).
Menurut sejarah, Tan Sri adalah seorang yang buta huruf dan tidak boleh membaca. Walaupun beliau tidak boleh menulis mahupun membaca, namun daya ingatan Tan Sri adalah sangat baik dan beliau sering bergantung kepada ingatannya dalam membuat sebarang pertimbangan dan keputusan. Selain itu, beliau juga merupakan seorang yang sentiasa berpandangan jauh kehadapan dan berkebolehan menjangka dan bersiap sedia. Ini adalah kunci kepada kejayaannya pada hari ini.



Kehidupan

Datuk Loh Boon Siew berasal dari Kampung Hui, daerah Fukian, sebuah wilayah yang di anggap paling miskin di China pada satu ketika dahulu. Kehidupan keluarga Datuk Loh sangat miskin menyebabkan beliau tidak pernah berpeluang ke sekolah.
Sejak kecil lagi beliau bekerja mengutip najis haiwan sebagai baja pertanian dan memancing ikan untuk dijual sebagai tambahan pendapatan keluarganya. Ketika berumur 12 tahun, ayahnya membawanya ke Pulau Pinang untuk berhijrah dan mencari sumber pendapatan. Beliau disuruh oleh ayahnya bekerja di sebuah kedai mekanik.
Mereka berdua tidak mempunyai sedikit pun masa untuk bersuka-suka tetapi bekerja kuat untuk menghantar duit untuk keluarga yang berada di China. Untuk memperolehi pendapatan lebih, di sebelah malam beliau membasuh bas dan upahnya 10 sen bagi setiap bas. Ketika berumur 18 tahun, beliau tertarik untuk berniaga sendiri dan sering memikirkan cara bagaimana untuk mendapat peluang berbuat demikian.
Hasil daripada wang yang disimpan sedikit demi sedikit, dia kemudian membeli beberapa peralatan mekanik bernilai RM 10.00 dan 8 buah bas berharga RM200.00 untuk diperbaiki dan dijadikan bas penumpang. Bas ini mendatangkan hasil lumayan kepada beliau iaitu RM1.20 hingga RM 1.40 sehari.
Setiap keuntungan disimpan sedikit sementara bakinya dijadikan modal pusingan semula. Dalam masa 7 tahun beliau mempunyai 40 buah bas dan membuka kedai bateri serta barang ganti kenderaan. Selepas perang dunia kedua tamat, Datuk Loh meluaskan perniagaannya dengan membuka kedai kereta terpakai dan menjadi ejen pengedar beberapa jenis motosikal keluaran British.
Dalam tahun 1958, beliau melawat Jepun untuk makan angin. Di Jepun beliau ternampak sebuah motosikal Honda yang belum pernah digunakan di Malaysia dan berfikir mungkin mendapat pasaran baik jika dibawa ke sini. Setelah mengesan siapakah pengeluarnya, beliau membuat perjanjian untuk memesan 12 unit. Motosikal ini kemudian dijual kepada kawan rapatnya tanpa mengambil apa-apa untung.
Motosikal Honda yang dibawanya ditertawakan oleh orang ramai yang menganggap ia tidak berguna dan cepat rosak, namun ia tidak mematahkan hasratnya untuk memperkenalkan motosikal sehingga menjelang tahun 1963, motosikal Honda menjadi kenderaan yang paling diminati.




Beliau adalah orang yang berjaya menempatkan kereta jenis Honda sebagai kenderaan ketiga terbesar dijual di negara ini sejak 3 tahun lalu. Kini beliau mempunyai alasan untuk berbangga dengan kejayaannya di dalam alam perniagaan dan tokoh korporat, sekali gus meletakkan beliau sebagai seorang yang terkaya di Pulau Pinang dan antara 10 tokoh usahawan terkemuka di Malaysia. Sehingga hari ini, nama Tan Sri masih lagi setanding dengan ahli korporat yang ternama yang lain walaupun telah meninggal dunia pada tahun 1995.
Sehingga kini legasi Tan Sri masih kuat di Malaysia selagi motorsikal jenama Honda berada di atas jalan raya Malaysia. Tugasan ini akan mengupas ciri-ciri keusahawanan yang ada pada Tan Sri sehingga ia berjaya menjadikan beliau sebagai salah seorang usahawan yang berjaya walaupun buta huruf dan tidak mempunyai sebarang latar belakang akademik yang tinggi.

 Ciri-ciri keusahawanan Tan Sri Loh Boon Siew

Antara ciri-ciri keusahawanan yang dikenalpasti ada pada Tan Sri yang berjaya menjadikan beliau sebagai seorang usahawan yang berjaya dan amat disegani di Malaysia adalah:

Berorientasikan Peluang
Semasa melakukan lawatan ke Osaka, Jepun pada tahun 1954, Tan Sri terlihat sebuah motorsikal bersaiz kecil atau ‘cub’ yang didapati sesuai untuk dibawa masuk ke Malaysia. Menurut sejarah, Tan Sri sanggup mengejar motorsikal terbabit untuk melihat dengan lebih dekat lagi ciri-ciri motorsikal terbabit. Ini kerana beliau berpendapat bahawa motorsikal jenis Honda tersebut amat sesuai untuk digunakan kerana saiznya yang kecil dan ringan sesuai untuk orang Asia yang rata-rata bersaiz kecil berbanding dengan motorsikal buatan Eropah.
Pada ketika itulah, Tan Sri dapat melihat motorsikal Honda ‘cub’ sebagai satu peluang bagi beliau untuk dijual di Malaysia. Lantaran itu, Tan Sri telah berjaya mempengaruhi pengeluar motorsikal terbabit iaitu Honda Motor Japan Limited untuk melantik beliau untuk menjadi pengedar tunggal motorsikal Honda di Malaysia.
Dengan ciri orientasi peluang ini telah berjaya menjadikan Tan Sri sebagai usahawan yang berjaya. Kemampuan untuk menghidu peluang yang ada jelas menjadi kelebihan bagi seseorang individu untuk menjadi usahawan yang berjaya.




 Kemampuan Untuk Berwawasan
Sebagai usahawan yang berjaya, Tan Sri dilihat sebagai seorang yang mempunyai wawasan yang tinggi untuk syarikat yang beliau tubuhkan untuk membawa masuk motorsikal Honda ke Malaysia. Ini dapat dilihat dengan terbinanya kilang motorsikal yang pertama di Malaysia iaitu Boon Siew Assembly Plant milik Boon Siew Sdn Bhd di Kawasan Perindustrian Mak Mandin, Pulau Pinang. Dengan terbinanya kilang ini pada tahun 1969, motorsikal Honda tidak lagi dipasang di Jepun tetapi ia dipasang di Malaysia seterusnya dapat menjimatkan kos pemasangan dan jualan.
Dengan terbinanya kilang ini, Boon Siew Sdn Bhd juga telah memperkenalkan beberapa model terbaru motorsikal Honda bermula pada tahun 1971 iaitu model Honda S90Z. Pada hari ini, terdapat pelbagai jenis motorsikal Honda yang berada di pasaran.
Dengan sikap yang berwawasan tinggi inilah yang memacu Tan Sri Loh Boon Siew untuk terus berjaya terutama dalam bidang permotoran. Tidak semua usahawan mempunyai kemampuan untuk melihat ke hadapan seperti Tan Sri. Sikap positif ini senjata utama di dalam usaha beliau untuk terus bergerak maju di dalam industri permotoran Malaysia.

Berkeyakinan Tinggi dan Optimistik
Walaupun Tan Sri ialah seorang yang buta huruf dan tidak mempunyai latar belakang akademik yang tinggi dan formal, ini tidak bermakna beliau tidak boleh menjadi seorang yang berjaya. Berbekalkan dengan daya ingatan yang kuat dan semangat untuk maju dan berjaya yang tinggi, Tan Sri berjaya untuk memanipulasi kemampuan daya ingatan beliau untuk menjadi seorang yang berjaya. Ini terbukti dengan kejayaan Tan Sri untuk mempengaruhi Honda Motor Limited Japan untuk melantik beliau sebagai pengedar tunggal motorsikal Honda di Malaysia
Kemampuan beliau untuk mempengaruhi pihak pengurusan Honda Motor Limited Japan ini dilihat sebagai satu kejayaan yang besar bagi rakyat Malaysia. Ini disebabkan bukannya mudah untuk mempengaruhi pihak pengurusan Honda Japan apatah lagi untuk membawa produk keluaran mereka ke negara yang pernah dijajah oleh tentera Jepun. Dengan persepsi rakyat Malaysia yang negative di mana timbul kemungkinan tidak ingin atau tidak mahu membeli barangan keluaran negara yang pernah menjajah di Malaysia iaitu Jepun, sedikit sebanyak tidak menggugat minat Tan Sri untuk menjual motorsikal Honda di Malaysia.
Berbekalkan dengan keyakinan tinggi yang ada pada Tan Sri terhadap motorsikal Honda ini, jualan keseluruhan motorsikal Honda di Malaysia telah pun menjangkau lebih 2 juta unit sehingga ke hari ini. Sikap yakin untuk berjaya, optimistik dan berfikiran positif inilah yang telah menjadikan Tan Sri seorang usahawan yang berjaya.

Mempunyai Tahap Komitmen dan Keinginan Untuk Berjaya Yang Tinggi
Tan Sri juga dilihat sebagai seorang yang mempunyai tahap komitment yang tinggi di dalam bidang permotoran. Daripada seorang pelatih mekanik pada awal ketibaan beliau di Malaysia sehinggalah beliau berjaya menjadi pengedar tunggal yang sah bagi mengedar dan menjual motorsikal Honda. Komitmen beliau bukan sahaja tertumpu kepada penjualan motorsikal Honda semata-mata tetapi atas dasar minat dan komitmen yang tinggi beliau mendirikan kilang motorsikal yang pertama di Malaysia yang terletak di Mak Mandin pada tahun 1969.
Untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya seperti Tan Sri Loh Boon Siew, seseorang itu hendaklah mempunyai tahap komitment dan minat yang sangat tinggi terhadap bidang yang diceburi. Dengan komitmen yang tinggi ini, ia dapat membantu individu terbabit untuk menjadi seseorang yang yang berjaya dalam bidang yang diceburi.

 Mengambil Risiko Yang Sederhana
Kami juga mendapati Tan Sri adalah seorang usahawan yang mengambil risiko secara sederhana. Ini dapat dilihat dengan terbinanya kilang motorsikal yang terletak di Mak Mandin. Dengan terbinanya kilang ini, maka jualan dan permintaan terhadap motorsikal dapat dipenuhi secara konsisten.
Ini kerana sekiranya berlaku masalah di Negara Jepun, motorsikal Honda masih dapat dikeluar dan dijual kerana ia dibuat di Malaysia sendiri. Ini juga secara tidak langsung dapat mengurangkan kos jualan akibat cukai import yang dikenakan terhadap setiap motorsikal yang diimpot terus dari Jepun.
Walaupun Boon Siew Sdn Bhd telah berjaya menjadi sebuah syarikat yang terkenal dan disegani di dalam bidang permotoran, Tan Sri mengambil keputusan untuk tidak menyenaraikan Boon Siew Sdn Bhd di Bursa Malaysia. Sehingga hari ini, Boon Siew Sdn Bhd masih lagi menjadi sebuah syarikat Sendirian Berhad. Ini secara tidak langsung dapat menjamin kestabilan syarikat kerana pegangan saham syarikat adalah terhad kepada keluarga Tan Sri atau pihak yang berkepentingan dengan Tan Sri sahaja.


 Faktor-Faktor Persekitaran Luaran
Walaupun perjalanan Tan Sri untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya nampak mudah tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Senario ini bukan hanya berlaku terhadap Tan Sri sendiri malahan hampir kesemua usahawan yang berjaya pada hari ini telah melalui liku-liku yang sama sebelum bergelar usahawan yang berjaya. Ini kerana di dalam dunia keusahawanan, faktor-faktor persekitaran luaran dapat menjejaskan perjalanan seseorang individu untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya. Antara faktor-faktor luaran yang perlu dinilai oleh seseorang usahawan adalah:





Politik dan Perundangan
Faktor ini adalah faktor yang terpenting yang harus diberi perhatian oleh seseorang usahawan. Ini kerana faktor politik dan perundangan yang stabil bagi sesebuah negara dapat menjamin kestabilan ekonomi negara terbabit.
Seperti Tan Sri, kestabilan politik di Malaysia pada permulaan perniagaan beliau telah berjaya membantu beliau untuk berjaya. Ini berikutan ekonomi Malaysia pada ketika itu sedang giat dirancang oleh kerajaan kerana negara baru sahaja merdeka. Sudah tentu dengan kejayaan Tan Sri untuk mendapatkan lesen sebagai pengedar tunggal Honda di Malaysia mendapat sokongan kuat dari kerajaan Malaysia. Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan tahap ekonomi negara pada ketika itu.
 Ekonomi
Seorang usahawan yang berjaya juga harus mampu meramalkan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara itu. Ini kerana pertumbuhan ekonomi yang stabil dapat memacu kepada pertumbuhan ekonomi yang mampan dan seterusnya dapat membantu usahawan untuk berjaya.
Walaupun pada permulaan perniagaan Tan Sri hanya dengan berbekalkan dengan hanya 15 buah motorsikal yang dibawa masuk ke Malaysia, akan tetapi dengan keadaan ekonomi yang sedang bertumbuh maju selepas kemerdekaan telah menyebabkan permintaan yang tinggi terhadap motorsikal berbanding dengan kereta. Ini disebabkan keadaan sosio-ekonomi rakyat Malaysia pada ketika itu belum lagi betul-betul berkembang maju.

 Sosio-budaya
Faktor sosio-budaya ini terbahagi kepada dua iaitu perubahan demografi dan juga keadaan sosial masyarakat setempat. Kedua-dua faktor ini sekiranya dapat diramal dengan sempurna ia dapat membantu usahawan untuk mengenalpasti potensi dan peluang perniagaan. Faktor sosio-budaya ini juga dapat mengenalpasti kuasa membeli pengguna.
Selepas negara Malaysia mendapat kemerdekaan pada tahun 1957, trend sosial rakyat pada ketika itu mula berubah. Dengan hanya berbasikal untuk ke satu tempat seperti ke pejabat, rakyat Malaysia pada ketika itu sudah diperkenalkan dengan motorsikal oleh penjajah sebelum kemerdekaan. Tetapi kebanyakan motorsikal yang dibawa masuk oleh penjajah adalah bersaiz besar seperti jenama Norton yang tidak sesuai dengan saiz tubuh badan yang kecil masyarakat Malaysia.
Dengan melihat keadaan sosio-budaya yang sedang berubah inilah, Tan Sri Loh Boon Siew telah berjaya mengenalpasti peluang perniagaan yang baru iaitu dengan menjual motorsikal saiz yang kecil dan ringan atau lebih dikenali dengan motorsikal ‘cub’.

Persaingan
Persaingan juga memainkan peranan yang penting di dalam bidang usahawan. Seseorang usahawan itu harus mengenalpasti pesaing mereka agar mereka dapat mengenalpasti kelebihan dan kelemahan masing-masing. Persaingan yang sihat dikalangan usahawan dapat memajukan sesebuah perniagaan akibat dari kemunculan inovasi-inovasi yang baru terhadap sesuatu produk tersebut.
Bagi Boon Siew Sdn Bhd, pada awal perniagaannya kadar persaingan adalah amat sedikit. Ini adalah disebabkan pada ketika itu tidak ramai individu yang menceburi bidang keusahawanan khususnya dalam bidang permotoran. Dengan sedikit strategi pemasaran yang baik, Boon Siew Sdn Bhd telah berjaya untuk memonopoli industri penjualan motorsikal di Malaysia.


 Pelanggan/Pengguna
Faktor ini juga amat penting untuk diberi perhatian oleh usahawan. Ini kerana pelanggan atau pengguna inilah yang bakal menjadi penentu kejayaan sesebuah perniagaan tersebut. Sekiranya produk yang disediakan gagal memenuhi kehendak pengguna, sesebuah perniagaan itu boleh mengalami kegagalan.
Pengguna ini juga adalah cabang pemasaran yang terbaik bagi sesebuah perniagaan kerana sekiranya produk yang disediakan berkualiti dan memenuhi kehendak mereka, sudah tentu produk itu akan terus menjadi perhatian mereka.
Walaupun motorsikal Honda dari negara Jepun iaitu negara yang pernah menjadi penjajah Malaysia satu ketika dulu, Tan Sri percaya bahawa motorsikal yang bakal dijual akan diminati ramai. Ini dapat dibuktikan dengan hanya 12 tahun menceburi bidang permotoran Malaysia, motorsikal Honda telah mendapat status No. 1 Perjualan Terbaik Motorsikal pada tahun 1970. Dengan berbekalkan motto “You meet the nicest people on a Honda”, ia secara tidak langsung telah menjadikan jenama Honda sangat popular di Malaysia pada ketika itu.


Proses Kreativiti
Walaupun Tan Sri adalah seorang yang buta huruf dan tidak mempunyai latar belakang akademik yang tinggi serta formal, ia tidak menghalang Tan Sri daripada menjadi seorang usahawan yang berjaya. Ini dapat dilihat dengan kejayaan motorsikal Honda untuk menjadi motorsikal nombor satu di Malaysia sehingga ke hari ini. Tan Sri Loh Boon Siew ialah seorang yang mempunyai tahap daya ingatan yang sangat tinggi.
Dengan keyakinan yang tinggi untuk berjaya, Tan Sri dilihat telah berjaya mengenalpasti satu produk yang jelas amat diperlukan oleh rakyat Malaysia iaitu motorsikal bersaiz kecil dan ringan. Apabila Tan Sri ke Osaka, Jepun pada tahun 1957, Tan Sri telah melihat sebuah motorsikal yang bersaiz kecil dan ringan berada di jalan raya bandar Osaka, Jepun. Maka timbullah idea Tan Sri untuk cuba menjual motorsikal jenis ini di Malaysia.
Lantaran itu, Tan Sri terus berhubung dengan Honda Motors Japan Limited bagi mendapatkan hak untuk menjadi pengedar tunggal di Malaysia. Tan Sri juga dilihat telah menjanakan idea yang bernas iaitu dengan membina kilang motorsikal di Mak Mandin. Langkah proaktif ini telah berjaya memastikan motorsikal Honda terus diminati di Malaysia. Dengan terbinanya kilang ini, ia dapat menjamin kestabilan harga jualan motorsikal Honda di Malaysia di mana faktor-faktor kenaikan duti import dapat diminimakan kerana pengeluaran motorsikal Honda dibuat secara domestik.
Selain daripada aktif dalam bidang permotoran, Tan Sri juga telah memperluaskan usaha niaganya dalam pembangunan hartanah, perladangan dan perhotelan melalui syarikat perlaburannya iaitu Oriental Holdings Sdn Bhd. Oriental Rubber and Palm Oil Sdn Bhd adalah anak syarikat kepada Oriental Holdings Sdn Bhd yang mengembangkan usaha niaga dalam sektor perladangan khususnya kelapa sawit ke Indonesia pada tahun 1994. Ini menunjukan Tan Sri adalah seorang yang kreatif di mana beliau tidak mahu bergantung kepada satu bidang peniagaan (permotoran) sahaja.
Melalui kenyataan di atas, kita dapat melihat bahawa proses kreativiti amat diperlukan untuk menjadi usahawan yang berjaya. Usahawan tidak perlu untuk menjadi terlalu kreatif di dalam mengenalpasti produk yang dipasarkan. Seperti Tan Sri, idea beliau hanya timbul semasa lawatannya ke Osaka, Jepun. Idea yang timbul secara tiba-tiba atau “prompt idea’ inilah telah menjadikan beliau usahawan yang berjaya.

Kesimpulan

Untuk menjadi seseorang usahawan yang berjaya bukanlah jalan yang mudah untuk dicapai. Seseorang itu haruslah bijak di dalam meramalkan produk yang sesuai untuk dipasarkan. Produk tersebut perlulah bersesuaian dengan faktor sosio-budaya masyarakat setempat. Idea untuk mendapatkan produk yang sesuai untuk dipasarkan juga bukanlah perlu dijanakan melalui proses yang panjang atau sukar, tetapi idea yang timbul secara tiba-tiba juga dapat membantu seseorang itu untuk menjadi usahawan yang berjaya.
Seperti Tan Sri Loh Boon Siew, idea beliau yang datang secara tiba-tiba semasa berada di Osaka, Jepun itulah yang telah menjadikan beliau seorang usahawan yang berjaya. Dengan konsep “Not to reinvent the wheel” inilah yang telah memudahkan usaha beliau untuk menjadi usahawan yang berjaya. Dengan hanya membawa masuk motorsikal Honda ke Malaysia sebanyak 15 unit sahaya pada peringkat permulaan, ia terus mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Sehingga hari ini, lebih dari 2 juta unit motorsikal Honda berada di atas jalanraya Malaysia.




Business Plan

RANCANGAN PERNIAGAAN D'ZAFRAN ENTERPRISE




KANDUNGAN
  1. PENGENALAN
  2. TUJUAN KERTAS KERJA
  3. PROFAIL PERNIAGAAN
  4. PROFAIL PEMILIK
  5. SKOP PERNIAGAAN
  6. RANCANGAN PENGURUSAN
  7. RANCANGAN TEKNIKAL dan PENGELUARAN
  8. PEMASARAN
  9. ASPEK KEWANGAN
  10. JUSTIFIKASI dan PENUTUP LAMPIRAN

1.0 PENGENALAN 

1.1     Industri makanan sejuk beku (frozen foods) dan konfeksioneri (confectionery) merupakan bidang yang semakin berkembang di Malaysia. Produk makanan yang berasaskan konfeksioneri seperti bakeri dan pastri (contohnya roti, kek, pizza dan biskut bakar) dan sejuk beku (contohnya karipap, sandwic, popia dan samosa) ini semakin menjadi pilihan warga Malaysia selaras dengan gaya hidup yang memerlukan makanan yang ringkas juga berkhasiat. 

1.2     Bermula dengan minat yang mendalam terhadap pembuatan makanan berbentuk konfeksioneri (seperti bakeri dan pastri) kemudian pula disusuli dengan hasilan makanan sejuk-beku (seperti karipap, sandwic, popia dan samosa), serta tempahan yang diterima secara kecil-kecilan daripada saudara dan rakan terdekat, kami telah membuat keputusan untuk mengorak langkah secara serius dan seterusnya bercadang menubuhkan syarikat D'Zafran Enterprise serta akan mendaftarkan syarikat ini secara rasmi pada Januari 2007.

1.3     Premis perniagaan yang ditinjau berpotensi terletak di lot kedai kawasan perumahan di Taman Seri Gombak. Peluang ini membolehkan kami menambahkan lagi usaha bagi menyediakan pelbagai jenis makanan konfeksioneri dan sejuk-beku untuk jualan. Selain daripada itu pemilik bakal menyediakan khidmat tempahan dan khidmat hantaran terus ke rumah mahupun pejabat. Premis ini turut dijadikan pusat pembekalan produk makanan sejuk-beku dan bakeri untuk café dan kantin kawasan sekitarnya. 

1.4     Secara ringkasnya pemilik telah menyertai kursus asas pembuatan pastri seperti karipap, roti, pizza dan kek di BAGUS Baking Center, Shah Alam dan cawangannya di Taman Melawati, yang menyentuh teknik dan kaedah yang betul dalam industri konfeksioneri (confectionery) meliputi kek, pastri, roti, coklat dan hiasan buah-buahan. Prestasi yang baik dan sambutan yang menggalakkan daripada pelanggan meyakinkan pemilik untuk menambah peralatan dan kelengkapan pengeluaran yang lebih efisyen. Justeru, melalui pembiayaan sebanyak RM30,000.00 (Rgt TIGA PULUH RIBU), perniagaan ini dapat diperkembangkan lagi.

1.5     Selaras dengan hasrat kerajaan untuk menghasilkan lebih ramai usahawan bumiputra dalam memperluaskan produk makanan halal, D'Zafran Enterprise berharap dapat menjadi syarikat berdaya saing dan maju, seterusnya dapat memperkembangkan lagi perniagaan kami. 


2.0 TUJUAN KERTAS KERJA 

2.1     Tujuan kertas kerja ini disediakan adalah untuk membentangkan perancangan perniagaan D'Zafran Enterprise yang menjalankan perusahaan makanan konfeksioneri dan sejuk-beku memfokuskan aspek pengurusan, pemasaran, perkhidmatan dan kewangan syarikat kepada pihak MARA dan seterusnya memohon pembiayaan berjumlah RM30,000.00 (Rgt TIGA PULUH RIBU). 

2.2     Tempoh pembiayaan adalah selama 5 (LIMA) tahun dan pemohon turut memohon tempoh bernafas selama 2 (DUA) bulan. Kos pelaburan projek adalah sebanyak RM80,000.00 (Rgt LAPAN PULUH RIBU) merangkumi sebanyak RM50,000.00 (Rgt LIMA PULUH RIBU) adalah daripada modal awal pemohon manakala baki RM30,000.00 (Rgt TIGA PULUH RIBU) yang perlu dimohon melalui permohonan pembiayaan perniagaan ini.

2.3     Tujuan pembiayaan ini untuk kos disenaraikan seperti berikut:


Perkara
Nilai (RM)
1. Struktur kedai
15,000.00
2. Oven
3,000.00
3. Mixer
2,000.00
4. Mesin tunai
500.00
5. Working table
1,000.00
6. Trolley
1,000.00
7. Freezer
5,000.00
8. Tray
500.00
9. Induction stove
1,000.00
10. Bahan mentah asas
1,000.00
Jumlah
30,000.00

2.4     Pengiraan pembayaran dan nilai ansuran pokok bulanan yang dirancang adalah sebanyak RM500.00 (Rgt LIMA RATUS) sebulan selama 5 (LIMA) tahun dengan faedah sebanyak 5% (LIMA PERATUS). Butir-butir terperinci adalah seperti berikut: 


2.4.1 Nilai Pembiayaan : RM30,000.00 
2.4.2 Kadar Keuntungan : 5% 
2.4.3 Keuntungan Pembiayaan : RM1,500.00 setahun 
2.4.4 Jumlah Pembiayaan : RM6,000.00 setahun 
2.4.5 Bayaran Balik Bulanan : RM625.00 sebulan


3.0 PROFAIL PERNIAGAAN 

3.1 Nama Syarikat : D'ZAFRAN Enterprise 

3.2 Alamat Syarikat : 43, Jalan SG 6/15 Taman Seri Gombak 68100 Batu Caves Selangor 

3.3 Alamat Operasi : 95, Jalan SG 3/1 Taman Seri Gombak 68100 Batu Caves Selangor (cadangan) 

3.4 Alamat E-mel : 

3.5 No.Tel/Fax : 

3.6 No. Daftar Perniagaan :     Januari 2007 [cadangan] 

3.7 Tarikh Daftar Niaga :     Januari 2007 [cadangan] 

3.8 Aktiviti Perniagaan : Produk makanan konfeksioneri dan sejuk-beku 

3.9 Pemilikan : Pemilikan Tunggal (100% Bumiputera ) 

3.10 Modal Permulaan :     RM50,000.00 

3.11 Bank Berurusan :     Maybank [cadangan] 

3.12 Alamat Bank :     Taman Seri Gombak [cadangan] 

3.13 No Akaun Bank :     [cadangan] 

3.14 Nama Pemilik : 








4.0 PROFAIL PEMILIK 

4.1 Nama Pemilik 

4.2 Jawatan 

4.3 Alamat 

4.4 Telefon 

4.5 E-mel 

4.6 No. Kad Pengenalan 

4.7 Tarikh Lahir 

4.8 Bangsa 

4.9 Agama 

4.10 Taraf Perkahwinan 

4.11 Kelulusan Akademik 

4.12 Pengalaman Kerja 

4.13 Kursus Dihadiri 


5.0 SKOP PERNIAGAAN 

5.1 Aktiviti Perniagaan

   5.1.1     Mempromosi, memasarkan serta menjual produk makanan berasaskan sejuk-beku dan makanan konfeksioneri sebagai jualan utama di premis perniagaan. 
   5.1.2     Menyediakan tempahan untuk kawasan dalam lingkungan 25km meliputi kawasan perumahan, sekolah, universiti, kolej, pejabat / syarikat, café dan restoran serta kedai stesen minyak. 

5.2 Produk / Perkhidmatan Yang Ditawarkan 

   5.2.1     Kedai D'Zafran Enterprise ini menawarkan produk seperti berikut: 
                  a) Pembuatan karipap. 
                  b) Pembuatan samosa. 
                  c) Pembuatan pizza (pelbagai perasa). 
                  d) Pembuatan pastri / biskut dan kek. 

  5.2.2     Manakala perkhidmatan adalah seperti: 
                  a) Menerima tempahan untuk majlis keraian seperti majlis hari jadi dan tempahan kuih hari raya. 
                  b) Menyediakan perkhidmatan pesanan dan penghantaran produk kepada pelanggan.
                  c) Menerima tempahan hamper dari syarikat dan individu. 
                  d) Menerima tempahan dan pesanan daripada pejabat atau syarikat untuk jenis produk pastri ringan (bagi jamuan mesyuarat, forum kecil, perjumpaan minum petang dan sebagai). 

5.3 Potensi Perniagaan 

  5.3.1     Berdasarkan kepada analisis dan kajian pasaran yang dibuat, perniagaan ini mempunyai potensi yang cukup besar untuk dikembangkan khususnya di sekitar kawasan taman perumahan Taman Seri Gombak. 


6.0 RANCANGAN PENGURUSAN 



6.1     Struktur Organisasi 


6.2     Fungsi dan Tanggungjawab 

   6.2.1     Pemilik / Pengurus
                  a) Mengawasi, mengawal dan mengurus perjalanan operasi dan kewangan syarikat                             dari semua aspek.
                  b) Mengawal pengeluaran keluar masuk bahan mentah. 
                  c) Memastikan proses pembuatan produk mengikut prosedur yang telah ditetapkan. 
                  d) Bertindak sebagai penghantar bekalan sekiranya perlu. 

  6.2.2     Bahagian Pemasaran 
                  a)     Terdiri daripada pengurus dan pekerja sebagai kumpulan pemasaran. 
                  b)     Merangka program-program promosi yang bakal dijalankan di lingkungan                                        kawasan sasaran.
                  c)     Menjalankan tinjauan terhadap pasaran serta mendapatkan maklum balas                            pengguna terhadap kualiti produk. 
                  d)     Mencari pasaran-pasaran dan produk baru yang berpotensi untuk diperkenalkan                             kepada pelanggan. 
                  e)     Mewujudkan dan merangka satu sistem di mana pelanggan dan syarikat dapat                               menjalinkan suatu hubungan yang berkekalan. 


  6.2.3 Bahagian Pembuatan 
                  a)     Terdiri daripada pekerja sambil diseliakan oleh penyelia. 
                  b)     Merupakan kumpulan yang menghasilkan dan memastikan pengeluaran kesemua produk adalah mengikut jadual yang ditetapkan. 
                  c)     Memastikan kualiti produk sentiasa dalam kawalan dan berada pada tahap yang terbaik. 
                  d)     Memastikan kesemua peralatan dan kelengkapan sentiasa diselenggara dengan baik dan selamat digunakan. 
                  e)     Memastikan stok bahan mentah sentiasa mencukupi. 

  6.2.4 Bahagian Jualan 
                  a)     Memastikan susun atur barang-barang jualan dikedai sentiasa mencukupi dan memenuhi kehendak pelanggan apabila diminta. 

6.3     Gaji dan Ganjaran 

  6.3.1     Perniagaan D'Zafran Enterprise sentiasa memastikan hubungan yang baik antara pekerja dapat dikekalkan dengan menyediakan pakej gaji yang berpatutan. Gaji dan ganjaran kakitangan untuk tahun yang pertama adalah seperti di bawah: 















6.4     Belanja dan Pengurusan 

  6.4.1     Butir-butir yang terkandung di dalam perbelanjaan mengurus D'Zafran Enterprise adalah seperti berikut: 

6.5     Strategi Pengurusan 

  6.5.1     Pengurusan perniagaan merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada kejayaan sesebuah perniagaan. Pengurusan yang sistematik dan dinamik dapat memastikan syarikat kami sentiasa dapat mengekalkan dan memperbaiki prestasi ke arah yang lebih baik dan maju. Amalan dan strategi pengurusan yang dipraktikkan di sini meliputi: 
                  a)     Mengamalkan budaya bekerja dalam berkumpulan atau berpasukan (teamwork) di kalangan para pekerja. 
                  b)     Memberi peluang latihan yang berterusan kepada setiap pekerja meliputi aspek latihan pembuatan dan pengeluaran produk di samping latihan pengurusan dan pemasaran. 
                  c)     Memastikan maklum balas daripada pelanggan dan pekerja turut diberi perhatian dengan mengadakan sesi khas dalam mesyuarat bulanan di mana perbincangan antara pihak pengurusan dan pekerja                           diadakan bagi mengatasi dan memperbaiki segala kelemahan. 
                  d)     Membuat analisis prestasi syarikat pada setiap akhir tahun dan berusaha untuk mendapatkan taraf pensijilan ISO dan sebagainya. 






7.0 RANCANGAN TEKNIKAL & PENGELUARAN 

7.1 Kemudahan Asas 

  7.1.1     Premis perniagaan ini terletak di kawasan perumahan yang berkepadatan sederhana tinggi. Kemudahan infrastruktur yang sedia ada meliputi telekomunikasi, bekalan elektrik dan air telah lama lengkap. Kawasan ini dikatakan strategik terletak tidak jauh dari pusat bandaraya yang mana di sekitarnya terdapat beberapa pusat pengajian tinggi, kolej-kolej dan pejabat-pejabat awam dan swasta. Walaupun ruang kedai yang terhad ia masih dapat mempamerkan produk dengan baik dan memberikan keselesaan kepada pelanggan yang datang berkunjung. 

7.2 Harta Tetap dan Peralatan yang Dimiliki 

  7.2.1     Memandangkan perniagaan ini telah dijalankan secara kecil-kecilan oleh pemilik sejak setahun yang lalu, maka D'Zafran Enterprise telahpun memiliki beberapa peralatan asas yang dibeli secara berperingkat-peringkat mengikut kemampuan perniagaan pada masa ini. Aset tetap dan kelengkapan kedai yang telah dimiliki setakat ini adalah seperti berikut: 


7.3 Harta Tetap Kelengkapan yang Diperlukan 

  7.3.1     Sungguhpun D'Zafran Enterprise menjalankan operasinya mengeluarkan produk secara kecil-kecilan dengan beberapa peralatan dan kelengkapan asas yang sedia ada, namun pertambahan beberapa peralatan yang sesuai dan khusus amat diperlukan. Kelengkapan dimaksudkan seperti jadual di bawah:

7.4 Stok Bekalan Bahan Mentah 

  7.4.1     Stok bekalan bahan-bahan akan dikawal kuantiti dari semasa ke semasa bagi mengelakkan kerosakan serta bagi mempastikan bahan-bahan tersebut sentiasa dalam keadaan baik dan berkualiti agar menjamin penghasilan produk yang baik. Namun demikian, apabila pusat penyimpanan telah didirikan, bekalan bahan-bahan tidak menjadi masalah kerana dapat disimpan sendiri dan dapat menjimatkan kos perbelanjaan. 




7.5 Senarai Pembekal Barang Niaga 

  7.5.1     D'Zafran Enterprise telahpun mengenalpasti pembekal yang dapat membekalkan pelbagai kelengkapan serta bahan-bahan mentah membuat kek, roti dan pastri. Pembekal tersebut ialah:


7.6 Susun Atur Premis Niaga 

  7.6.1     Butiran susun atur premis niaga seperti di Lampiran 1. 

7.7 Carta Aliran Proses Kerja (Bakeri) 

  7.7.1     Proses pembuatan menghasilkan makanan konfeksioneri (bakeri) dipaparkan seperti di Lampiran 2. 

7.8 Anggaran Belian Untuk Tiga Tahun 

  7.8.1     Anggaran yang disediakan di bawah anggaran belian bahan mentah yang meliputi bahan mentah yang biasa digunakan dalam pembuatan makanan sejuk-beku juga konfeksioneri. Dianggarkan penambahan peruntukan perbelanjaan untuk pembuatan naik sebanyak 5% (LIMA PERATUS) setahun berlaku sama ada disebabkan oleh faktor penambahan saiz pasaran atau kenaikan harga bahan mentah. Ini ditunjukkan di dalam senarai seperti di bawah:


7.9 Strategi Pengeluaran 

  7.9.1     Di antara strategi perkhidmatan yang diaturkan oleh pihak syarikat adalah seperti: 
                  a)     Penyediakan perkhidmatan menerima tempahan dan membuat penghantaran terus kepada pelanggan. 
                  b)     Menguruskan majlis keraian / harijadi untuk 50 orang. 
                  c)     Menyediakan perkhidmatan membuat hamper kepada individu dan syarikat. 
                  d)     Menyediakan perkhidmatan penghantaran untuk pejabat perniagaan untuk minum petang, forum dan sebagainya. 
                  e)     Mewujudkan perkhidmatan tempahan melalui internet. 
                  f)     Memberikan perkhidmatan yang cekap, pantas dan efisyen dan sentiasa mempertingkatkan lagi merujuk kepada maklum balas pelanggan. 




  7.10 Anggaran Kos Pengeluaran dan Keuntungan Kasar 

                  7.10.1 Butiran anggaran kos pengeluaran dan keuntungan kasar seperti di bawah: 


8.0 PEMASARAN 

8.1     Perkhidmatan Dan Harga Yang Ditawarkan 

  8.1.1     Syarikat menyediakan pelbagai jenis produk makanan sejuk-beku dan konfeksioneri. Senarai produk disenaraikan seperti di bawah: 

8.2 Kumpulan Sasaran 

  8.2.1     Kumpulan sasaran yang dikenalpasti sebagai sebahagian daripada pelanggan meliputi: 
                  a)     Penduduk-penduduk bermastautin di sekitar kawasan perumahan Taman Seri                                 Gombak. 
                  b)     Kumpulan pelajar-pelajar dari institusi pengajian tinggi. 
                  c)     Kumpulan pekerja-pekerja dari sektor awam dan swasta di sekitarnya. 
                  d)     Kumpulan pelajar-pelajar daripada sekolah rendah dan sekolah menengah di                                  sekitarnya. 
                  e)     Pelanggan restoran. 
                  f)     Pelanggan stesen minyak. 
                  g)     Pengedar perseorangan. 
                  h)     Internet (Laman Web). 

8.3 Kawasan Pasaran 

  8.3.1     Kawasan pasaran yang dikenalpasti berpotensi untuk dipasarkan meliputi kawasan                         berkeluasan 25 (DUA PULUH LIMA) kilometer persegi atau dalam radius 5 (LIMA)                      kilometer. Kawasan yang dikenalpasti secara tempatan meliputi: 
                  a)     Kawasan di sekitar premis perniagaan dan kawasan perumahan sekitar Taman                                Seri Gombak. 
                  b)     Kawasan kantin dan di Kolej Kediaman Universiti Islam Antarabangsa                                          Malaysia. 
                  c)     Kawasan Kantin Tabika, Sekolah Rendah dan Menengah di sekitar. 
                  d)     Kawasan Pejabat Kerajaan dan Swasta (Telekom, Pos Malaysia dan                                                sebagainya). 
                  e)     Kawasan restoran dan di sekitarnya. 
                  f)     Stesen minyak yang berhampiran. 
                  g)     Masjid dan surau di sekitar. 

8.4 Pesaing 

  8.4.1     Di kawasan perumahan Taman Seri Gombak ini sendiri telah terdapat beberapa pengusaha kecil-kecilan yang turut mengusahakan produk yang sama, dan difahamkan mereka juga baru memulakan perniagaan masing-masing secara persendirian. Namun begitu, ianya adalah merupakan pesaing kepada D'Zafran Enterprise dalam perniagaan ini. Di antara pesaing tersebut ialah:


8.5 Saiz Pasaran 

  8.5.1     Berdasarkan analisis yang dibuat merujuk kepada jumlah keseluruhan kumpulan sasaran, dianggarkan daripada 10 (SEPULUH) orang pelanggan, 2 (DUA) orang atau dengan kata lain 20% (DUA PULUH PERATUS) daripada jumlah keseluruhan adalah merupakan pelanggan berpotensi (rujuk 8.6). Formula andaian saiz pasaran adalah seperti berikut di bawah:

Saiz Pasaran = Angka berpotensi(%) X Bilangan penduduk 
Maka saiz pasarannya ialah;
j pasaran = 20% X 68,300 = 13,660 u 

8.6 Kuasa Beli Pelanggan 

  8.6.1     Daripada data-data yang diperolehi melalui tinjauan ke beberapa premis perniagaan, pejabat, sekolah dan juga rumah kediaman di mana terdapat kira-kira 68,300 (ENAM PULUH LAPAN RIBU dan TIGA RATUS) orang penduduk di kawasan perumahan Seksyen 6 Taman Seri Gombak dan sekitarnya. Sejumlah 20% (DUA PULUH PERATUS) angka tersebut adalah merupakan saiz bagi kuasa membeli yang berjumlah 13,660 (TIGABELAS RIBU ENAM RATUS dan ENAM PULUH) u. Ini akan menghasilkan pendapatan dengan jangkaan sebanyak RM124,400.00 (Rgt SATU RATUS DUA PULUH EMPAT RIBU dan EMPAT RATUS) sebulan. Butir-butir kuasa membeli disenaraikan seperti di bawah:


8.7 Syer Pasaran 

  8.7.1     Berdasarkan kepada analisis pesaing (rujuk 8.4), didapati peratusnya adalah rendah untuk lingkungan kawasan sasaran pasaran ini. Namun faktor lain perlu diambil kira seperti lokasi perniagaan yang juga mempunyai lingkungan kepadatan dan juga pesaing oleh pengusaha daripada luar kawasan mahupun pengusaha kecil-kecilan daripada rumah dan sebagainya. Oleh itu sasaran syer pasaran dianggarkan sekitar 20% (DUA PULUH PERATUS). 

8.8 Anggaran Jualan 

  8.8.1     Bagi memperoleh angka anggaran jualan sebulan, kita merujuk kepada formula: 
j anggaran = Syer pasaran(%) X Kuasa beli 
Maka itu menjadikan; 20% X RM124,400.00 = RM24,880.00 sebagai anggaran jualan sebulan. 


8.9 Strategi Pemasaran 

  8.9.1     Promosi 

               Di antara strategi promosi yang dilakukan oleh D'Zafran Enterprise bagi memperkenalkan perniagaan kepada pasaran adalah: 
                  a)     Mengekalkan hubungan peribadi yang baik dengan pelanggan dengan mencipta sistem keahlian untuk pelanggan tetap dan sebagainya. 
                  b)     Memberikan profil perniagaan kepada bakal–bakal pelanggan besar seperti syarikat-syarikat untuk mendapatkan kontrak membekal secara berkekalan. 
                  c)     Mengedarkan pamplet dan brosur secara berkala pada kawasan-kawasan strategik yang menjadi laluan sibuk orang ramai seperti stesen LRT, bas dan sebagainya. 
                  d)     Memasang banner dan bunting sebagai salah satu langkah mempromosi pelancaran / pembukaan kiosk. 
                  e)     Mengagihkan kad perniagaan kepada bakal pelanggan yang berpotensi. 
                  f)     Menyediakan uniform yang seragam dan kemas kepaada para pekerja sebagai mencipta imej korporat pada premis agar menjadi tanda niaga yang baik kepada pelanggan. 

8.9.2 Lokasi 
Lokasi premis terletak di kawasan yang mudah dilihat iaitu berhadapan jalan besar Taman Seri Gombak, berdekatan dengan pasaraya, bank, sekolah, pejabat swasta dan sebagainya. Aktiviti perniagaan yang lain yang terdapat di sekitarnya menjadikan kawasan ini sebagai tumpuan pelanggan dan menjadikannya lokasi yang strategik. 

8.9.3 Harga 
Penetapan harga yang diletakkan ke atas produk dan perkhidmatan yang ditawarkan adalah berpatutan, kompetitif dan ia berkonsepkan ‘price-follower’ atau harga pasaran iaitu mengikut kadar pasaran seperti yang ditetapkan pesaing-pesaing lain. 

8.9.4 Produk 
Produk yang ditawarkan kepada para pelanggan adalah berkualiti dan setara dengan harganya. Perniagaan juga 
sentiasa mengikuti perubahan semasa ekonomi dan kehendak pasaran supaya perkhidmatannya sentiasa kekal kompetitif dan diterima pelanggan. 











9.0 ASPEK KEWANGAN 

9.1 Kos Pelaburan Perniagaan 

   9.1.1     Berdasarkan perancangan untuk menjalankan perniagaan ini, D'Zafran Enterprise telah menganggarkan kos pelaburan bagi menjana perniagaan seperti berikut:


  Sumber kewangan yang diperlukan akan diperolehi daripada pembiayaan sendiri adalah sebanyak RM50,000.00, manakala bakinya iaitu pembiayaan RM30,000.00 lagi akan diperolehi dari pihak MARA.

9.2 Anggaran Aliran Wang Tunai dan Penyata Kewangan 

  9.2.1 Penyata Aliran Tunai Sebelum Pembiayaan 
Butir transaksi lazim yang dilaksana sebelum pembiayaan perniagaan terkandung di dalam Penyata Aliran Tunai (berakhir 31/12/2007) dimaksudkan seperti di Lampiran 3. 
  9.2.2 Penyata Aliran Tunai Selepas Pembiayaan 
Manakala selepas pembiayaan perniagaan, transaksi lazim selepas pembiayaan terkandung di Penyata Aliran Tunai (berakhir 31/12/2007) dimaksudkan seperti di Lampiran 4. 
  9.2.3 Penyata Kos Pengeluaran 
Seperti diamalkan oleh mana-mana syarikat perniagaan, lazimnya setiap hujung tahun satu langkah menutup akaun perniagaan perlu dilakukan bertujuan memeriksa aliran akaun di samping dapat mengetahui keseluruhan kos pengeluaran yang telah dilaksana. Justeru, disenaraikan penyata kos pengeluaran berakhir pada 31 Disember 2007 seperti di Lampiran 5. 
  9.2.4 Penyata Untung Rugi 
Sepertimana yang lazim diamalkan, penyata untung rugi akaun syarikat berakhir pada 31 Disember 2007 adalah seperti di Lampiran 6. 
  9.2.5 Penyata Kunci Kira-Kira 
Penglibatan D'Zafran Enterprise dalam perniagaan ini dapat diukur melalui penyata kunci kira-kira yang berakhir pada 31 Disember 2007 sepertimana disenaraikan di Lampiran 7. 

10.0 JUSTIFIKASI dan PENUTUP 

10.1 Berdasarkan     kepada perancangan dan unjuran pendapatan yang telah dibentangkan, D'Zafran Enterprise amat berkeyakinan bahawa perniagaan yang diceburi ini akan memberikan pulangan yang lumayan. Unjuran dan anggaran yang dibuat untuk tahun pertama operasi selepas pembiayaan agak konservatif kerana mengambil kira faktor perniagaan yang masih di peringkat awal di mana promosi dan pemasaran baru dilancarkan. 

10.2 Kajian     dan perancangan yang sistematik telah dirangka bagi membolehkan perniagaan ini berjalan dengan lancar dan seterusnya dapat mencapai sasaran keuntungan yang telah dirangka. Oleh itu syarikat D'Zafran Enterprise amat optimis dengan perniagaan ini dan yakin ia berdaya maju dan mampu berkembang di masa hadapan. 


10.3 Oleh     itu, pemilik amat berharap permohonan ini mendapat pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak MARA dengan itu melalui pembiayaan ini perniagaan dapat beroperasi dengan lebih efisyen dan mampu berkembang dan seterusnya menyumbang kepada ekonomi Negara.